Posts

Showing posts from November, 2024
Image
  Gambar Istana Turku, Finland Sebuah monumen bersejarah yang sudah berusia 700 tahun. Dindingnya terbina daripada batuan granit yang masih kuku sehingga kini. Masjid al-Iman, Helsinki, Finland Masjid ini telah ditubuhkan pada tahun 1999. Walaupun penganut agama islam adalah minoriti di negara Finland, namun masih terdapat banyak masjid yang popular dalam kalangan masyarakat di sana yang juga menjadi tarikan para pelancong. Musim bunga di Finland yang lebih mudah untuk melihat bunga tulip mekar pada musim ini. Bunga lili juga sangat mudah untuk dilihat pada musim bunga di Finland
  Tembok Aurora Oleh Najua Nadira   Semboyan cinta masih menderu Walau lama telah ditinggalkan Walau lama jasad tidak bersua Walau pandangan semakin samar Tetap gejolak hati masih bertaut Tetap rindu menikam sanubari.   Istana Turku menjadi saksi Pertemuan yang diatur Ilahi Bersinar semula harapan hati Mengukir pada takdir yang menanti Sirna dihujung pintu kasih Nirmala Mencoret sekelumit wadah asmara.   Meniti pula disyurga dunia Masjid al-Iman bukti segala Kiblat kami arahnya berbeza Walau mengangkat langit serupa Walau berdiri di bumi satunya Namun takbir menghalang semua Bagai tembok besar terbina Dalam sela jarak berdua.   Tertikam rasa lubuk didada Sebuah ikatan bersimpul rapi Bagai terlerai tanpa dipaksa Sebuah harapan menggunung tinggi Runtuh punah hancur segala Umpama tersiat hati nurani Dalam kasih bersulam dusta Ingin dinokhtah begitu saja.   Puing-puing cinta bertaburan Di a...
Image
 Malam. Tapi hangatnya mentari masih segar menerpa kulit. Walaupun dingin buatan manusia sudah dinyalakan. Entah apa yang cuaca cuba ingin sampaikan padaku. Diri ini juga tidak tahu. Rasa hangat ini bukan patut dikeluhi malah selayaknya disyukuri. Menghimpun syukur dalam wewenang sanubari. Halangan demi halangan ditempuh hari ini. Bukan sekadar halangan hakiki namun lebih kepada mencari rentak buat diri sendiri.  Terbayang pula bagaimana agaknya suasa permai dibumi yang diturunkan salji. Putih tiada warna. Mungkin ramai yang sukakan warna-warni pelangi namun bagi diriku, putih itu damai, putih itu tenteram, putih itu suci, putih itu juga sumber inspirasi. Mencorakkan keasyikan yang mungkin akan aku rasai jika aku berada di bumi Allah yang diberi nama Finland, semakin giat aku berusaha untuk cuba sampai disana. Bagi yang lain, terasa impianku bagai impian biasa. Namun bagiku, ianya cukup luar biasa dan tidak sabar untuk aku berantisipasi di sana. Menggunung harapanku untuk mela...
Image
        https://youtu.be/93QUsSxqAfk?si=vMDVB2PBVvsZ3FDw   Dari sini, sedikit sebanyak aku dapat mengetahui latar dan bagaimana suasana sebenar jika aku berjaya ke sana. Saluran youtube daripada Suitcase Monkey  
Image
   Lapland, Finland           November ini, Finland menapak masuk ke musim sejuk. Putih berselimut debu salju. Walau hanya terpanar daripada gambar, namun dinginnya dapat segar ditayang di kepala. Mungkin kerana sudah terbiasa menghembus udara tanah air Malaysiaku yang dibanjiri panasnya mentari, sesekali tubuh ini ingin juga dibias rasa sejuk menusuk di negara empat musim ini. Bukan kerana tidak bersyukur, tetapi kerana ingin mensyukuri nikmat Allah di bumi yang lain, deru batinku meminta mahu meninggalkan jejak pertamaku di sana.
Image
  Pemandangan Fenomena Aurora di Finland Memandang keluar jendela dengan secawan kopi panas;           Tenang rasanya apabila kedua mata ini melihat betapa indahnya gambaran fenomena aurora yang terjadi lazimnya dari bulan Ogos hingga April terutama di negara yang beriklim sejuk. Walaupun kudrat kaki belum diberi izin untuk menjejakkan kaki ke sana namun gelojak dihati sentiasa berdoa agar diberikan kesempatan untuk bertamu ke sana menyaksikan sendiri indah niannya 'aurora' di sana.          Acapkali mencoret diari sendiri yang hanya itu menjadi saksi bagaimana aku ingin sekali menjadi salah satu saksi yang dapat merakam momen-momen terbaik apabila diri ini mendarat di bumi Finland. Mungkin ramai yang bertanya mengapa bukan Tanah Suci Mekah Al-Mukkaramah dan mengapa di negara bunga lili? Setiap insan mempunyai impian yang berbeza dan tidak salah untuk kita sentiasa mengamati keindahan ciptaan Ilahi di bumi lain. Impian akan kek...