Pemandangan Fenomena Aurora di Finland
Memandang keluar jendela dengan secawan kopi panas;
Tenang rasanya apabila kedua mata ini melihat betapa indahnya gambaran fenomena aurora yang terjadi lazimnya dari bulan Ogos hingga April terutama di negara yang beriklim sejuk. Walaupun kudrat kaki belum diberi izin untuk menjejakkan kaki ke sana namun gelojak dihati sentiasa berdoa agar diberikan kesempatan untuk bertamu ke sana menyaksikan sendiri indah niannya 'aurora' di sana.
Acapkali mencoret diari sendiri yang hanya itu menjadi saksi bagaimana aku ingin sekali menjadi salah satu saksi yang dapat merakam momen-momen terbaik apabila diri ini mendarat di bumi Finland. Mungkin ramai yang bertanya mengapa bukan Tanah Suci Mekah Al-Mukkaramah dan mengapa di negara bunga lili? Setiap insan mempunyai impian yang berbeza dan tidak salah untuk kita sentiasa mengamati keindahan ciptaan Ilahi di bumi lain. Impian akan kekal menjadi impian dan kewajipan akan kekal menjadi kewajipan. Hasrat dan tujuannya tetap sama agar boleh direalisasikan.
Membayangkan keindahan di sana mungkin akan merangsang mindaku untuk menulis lebih lagi, mengkarya dengan kreatif lagi. Doa dan usaha kuhimpun supaya segala keperluan diberikan cukup untuk mengorak langkah ke negara yang letaknya di rantau Nordik Utara di Benua Eropah dikelilingi Lautan Baltik di sebelah barat daya.
Comments
Post a Comment