Malam. Tapi hangatnya mentari masih segar menerpa kulit. Walaupun dingin buatan manusia sudah dinyalakan. Entah apa yang cuaca cuba ingin sampaikan padaku. Diri ini juga tidak tahu. Rasa hangat ini bukan patut dikeluhi malah selayaknya disyukuri. Menghimpun syukur dalam wewenang sanubari. Halangan demi halangan ditempuh hari ini. Bukan sekadar halangan hakiki namun lebih kepada mencari rentak buat diri sendiri. 

Terbayang pula bagaimana agaknya suasa permai dibumi yang diturunkan salji. Putih tiada warna. Mungkin ramai yang sukakan warna-warni pelangi namun bagi diriku, putih itu damai, putih itu tenteram, putih itu suci, putih itu juga sumber inspirasi. Mencorakkan keasyikan yang mungkin akan aku rasai jika aku berada di bumi Allah yang diberi nama Finland, semakin giat aku berusaha untuk cuba sampai disana. Bagi yang lain, terasa impianku bagai impian biasa. Namun bagiku, ianya cukup luar biasa dan tidak sabar untuk aku berantisipasi di sana. Menggunung harapanku untuk melakar nama di sana. Entah. Semakin membuak cipta rasa ini.

Dikepilkan juga sebuah drama antarabangsa yang gemarku tonton berjudul 'Finland Papa'. Drama kekeluargaan yang menyentuh nilai bahagia dalam keluarga. Banyak juga yang ku tahu dan dapatku peroleh maklumat tentang negara impianku, Finland.








Comments

Popular posts from this blog