Lapland, Finland
November ini, Finland menapak masuk ke musim sejuk. Putih berselimut debu salju. Walau hanya terpanar daripada gambar, namun dinginnya dapat segar ditayang di kepala. Mungkin kerana sudah terbiasa menghembus udara tanah air Malaysiaku yang dibanjiri panasnya mentari, sesekali tubuh ini ingin juga dibias rasa sejuk menusuk di negara empat musim ini. Bukan kerana tidak bersyukur, tetapi kerana ingin mensyukuri nikmat Allah di bumi yang lain, deru batinku meminta mahu meninggalkan jejak pertamaku di sana.
Comments
Post a Comment